Penulis telah membaca mengenai satu artikel yang ditulis didalam akhbar inggeris terkemuka negara. Artikel ini sebenarnya mengulas mengenai cadangan menteri besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim yang ingin memberi kouta sebanyak 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di Uitm. Bagi penulis tidak cukupkah lagi bagi pihak disebelah sana memecah belahkan orang Melayu? Dah rosakkan pemikiran Melayu ditambahkan lagi nak menggadaikan maruah dan hak istimewa orang Melayu dan tidak lupa juga kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Not ready for change
education , sunday, 24 August 2008 - by Sirmit Kaur
Universiti Malaya economics lecturer Assoc Prof Dr Terence Gomez says that other Malaysian public universities benefit from the interaction and dialogue that occur between students from different communities.
"There is a need for debate on policies along universal or targeted lines. You wont get truly in-depth discussion with one ethnic.
Merujuk kepada kenyataan pertama yang dibuat oleh Assoc Prof Dr Terence Gomez penulis memang pasti yang beliau tidak memahami perlembagaan apatah lagi sejarah tanah Melayu. Beliau sendiri pasti tidak tahu akan kewujudan Hak Istimewa Bumiputra di bawah akta 153 perlembagaan persekutuan. Bagi kenyataan beliau yang kedua pula semakin menonjolkan ketidak fahaman beliau mengenai salah silah negara kerana Bumiputera itu terdiri dari pelbagai etnik bukan satu etnik sahaja. Bukan niat penulis untuk mepersoalkan kredibiliti orang lain tetapi hakikatnya membuat kenyataan tanpa rujukan dan soal selidik boleh membawa bencana.
Tidak puaskah golongan Ali Baba ini melobi segala projek Kerajaan selama ini? Mereka telah mencuri hak Bumiputera selama bertahuan-tahun melalui projek yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan melalui topeng penyamaran.Mereka telah meguasai ekonomi, akhbar, pendidikan malahan di Universiti mereka pun pelajar Bumiputra disisihkan. Bukan itu sahaja jika dilihat hari ini rata-rata golongan Bumiputra yang bekerja dengan Ali Baba ini pun telah diperkotak katikkan seperti kuli. Mereka sudah berani menggunakan parti mereka yang berada dibawah pimpinan majoriti untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu ini.
Memang betul la pepatah Melayu mengatakan "Bagi betis nak peha pula". Apa yang penulis perhatikan sekarang ini golongan Ali Baba ini semakin teguh bersatu untuk menenggelamkan bangsa Melayu. Mulai pada saat ini kita sebagai bangsa Melayu yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing harus bersatu tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Ingatlah kata-kata keramat ini wahai bangsaku sampai bila-bila...... "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" sekian.
"Keris"
sebagai simbol perjuangan orang Melayu
Ahad, 24 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan