sudah berdekad wahai pejuang
begitu cepat waktu meninggalkan segala peristiwa suka dan duka
lalu ku lihat wajah yang pernah mengerah keringat
setiap titisan darah dan air mata menentang penjajah
hari ini aku sedar akan detik hitam itu
walaupun aku hidup dalam kesenangan dan keamanan
tidak pernah ku bersua dengan Datuk Onn Jaafar
tak pernah ku berbicara dengan Tunku Abdul Rahman
Namun Pada hari ini, esok dan lusa pasti ku ingat
Tidak akan ku lupa segala perjuangan mereka
Pejuang tulen pendekar bangsa Melayu sejati
Ayuh teman taulan angkat keris mu
jangan gentar jangan takut jangan sesekali berganjak
Laungkan semangat bela bangsamu bangsa Melayu!
Sebuah Karya dari : Keris Pandan
"Keris"
sebagai simbol perjuangan orang Melayu
Ahad, 24 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan